Bahagian Bantuan Pendidikan adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.
Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.
Bahagian ini yang merangkumi unit pinjaman, biasiswa dan program-program pembangunan pendidikan, sukan dan kebudayaan menyediakan pakej lengkap pendidikan kepada anak-anak negeri Pahang bermula dari peringkat rendah, menengah, pendidikan tinggi, masyarakat minoriti Orang Asli dan masyarakat bekerja.
Bantuan yang disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan dermasiswa pelbagai bidang pengajian ini menjadikan Yayasan Pahang sebagai penjana modal insan berkualiti bagi melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama lengkap dengan nilai-nilai murni bagi menjayakan agenda Wawasan 2020 negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan