Isnin, 8 April 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU


GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem
 pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang
 mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir,
 kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta
 beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025
 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, 
kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid,
 memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan
 kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada
 etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau
 tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang
 berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.


Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti