MAKLUMAT


LATAR  BELAKANG sEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI


Kemerdekaan amat besar ertinya kepada rakyat di negara ini terutamanya penduduk di luar bandar.  Pada zaman penjajah British, penduduk desa boleh dikatakan ketinggalan dalam serba serbinya kalau di bandingkan dengan penduduk yang tinggal di bandar.  Keadaan ini telah mula berubah setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada 31hb.  Ogos, 1957.  Sejak  itu kerajaan telah berusaha memajukan masyarakat luar bandar dalam segala bidang terutamanya pelajaran dan pertanian.

Menjelang tahun 1960-an, sekolah-sekolah menengah telah banyak didirikan terutamanya di kawasan luar bandar. Hingga tahun 1973 di kawasan Merlimau sahaja sebanyak tiga buah sekolah menengah telah didirikan.  Penduduk sekitar Merlimau amat beruntung kerana mendapat peluang yang besar ertinya kepada mereka.  Bagi penduduk-penduduk di sekitar Sungai Rambai masih belum menerima peluang seperti itu.  Namun demikian mereka tidak berputus asa malahan sentiasa berusaha dan mengharapkan agar sebuah sekolah menengah baru akan didirikan di tempat mereka pada suatu hari nanti.


PEMBUKAAN SMK SUNGAI RAMBAI

Pemimpin-pemimpin politik masyarakat di Sungai Rambai memahami hasrat dan harapan penduduk di kawasan ini.  Mereka terus berusaha mendesak dan memohon agar kerajaan  (Kementerian Pendidikan) mendirikan sebuah sekolah menengah di kawasan mereka untuk memberi peluang dan kemudahan kepada penduduk-penduduk di sekitar Sungai Rambai.

Niat baik dan usaha murni pemimpin-pemimpin tersebut akhirnya tercapai, menjelang tahun 1980 apabila sebuah sekolah menengah baru mengandungi dua blok, sepuluh bilik darjah, sebuah kantin, sebuah bengkel seni perusahaan, tiga buah makmal sains, sebuah pejabat dan sebuah bilik perpustakaan serta sebuah bilik guru telah siap dibina.  Pada 1hb.  Januari, 1981 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya dan dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.

PENTADBIRAN AWAL SMK SUNGAI RAMBAI

Peringkat awalnya (sebelum SMKSR di buka secara rasmi), Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum (En. Namasivayan) telah ditugaskan oleh Jabatan Pelajaran Melaka (JPM) menguruskan penerimaan perabot dan segala alatan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Tugas En. Namasivayan berterusan sehinggalah perlantikan En.Muid Bin Lasim (Guru Besar SK Sebatu) sebagai Penolong Kanan dan menjalankan tugas Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai mulai 1hb. Disember, 1980.

Sejak dari tarikh tersebut  hingga 31hb. Disember, 1980. En. Muid  bertanggungjawab menerima segala perabot, alatan dan menyiapkan urusan pentadbiran sekolah baru yang bakal dibuka pada awal tahun nanti. Pada 15hb. Disember,1980 En. Seman Bin Deros, Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Seri Mahkota, Umbai telah diarahkan bertukar dan menjalankan tugas Pengetua  Sekolah Menengah Sungai Rambai mulai 1hb. Januari,1981.

Pada 2hb. Januari,1981 seramai 186 orang murid di sekitar Sungai Rambai telah mula belajar dan seramai 12 orang guru telah mula belajar dan bertugas di sekolah ini. Pada waktu itu SMKSR tiada mempunyai seorang pekerja pun termasuk jaga. Jaga yang bertugas menjaga keselamatan sekolah ini adalah jaga dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Merlimau.


Pendek kata, segala kesulitan yang dihadapi pada peringkat awal pembukaan sekolah ini  merupakan suatu yang perlu dihadapi dan diterima dengan penuh kesabaran dan kecekalan.  



SENARAI NAMA PENETUA TERDAHULU


BIL
NAMA
TARIKH
1.
TN. HJ. SEMAN BIN DEROS
JANUARI 1981
DISEMBER 1988
2.
PN. HJH.NORBI BINTI HUSIN
DISEMBER 1988
JANUARI 1989
3.
CIK NAZAHAH BINTI MOHAMAD
JANUARI 1989
DISEMBER 1995
4.
EN GAN IT GON
JANUARI 1996
DISEMBER 1996
5.
EN YONG YEE SOON
JANUARI 1997
JUN 1997
6.
CIK NAZAHAH BINTI MOHAMAD
JANUARI 1998
FEBRUARI 2002
7.
HJ. RAHMAN BIN ABDUL MAJID
MAC 2003
16 SEPTEMBER 2006
8.
PN. HJH. ZARIYAH BT DAUD
16 SEPTEMBER 2006
31 JULAI 2008
9.
EN. ABU BAKAR BIN ALIM
01 OGOS 2008
1 JUN 2011
10.
EN MAT NOR BIN MD DAN
01 OGOS 2011
26 JANUARI 2014
11
HJ. ABU BAKAR BIN AHMAD
01 FEBRUARI 2014
Sehingga kini


PERKEMBANGAN FIZIKAL SEKOLAH HINGGA KINI

BIL
pembangunan
TAHUN
1.
SMKSR MULA DIBUKA
1981
2.
ASRAMA DESA
1991
3.
SURAU
1991
4.
BLOK GEMILANG
2001
5.
BLOK SAINTIFIK
2001
6.
MATA PELAJARAN VOKASIONAL
2002
7.
BLOK MAKMAL KOMPUTER BARU
2004
8.
KELAS PENDIDIKAN KHAS
2005
9.
NAIK TARAF SURAU
2007
10.
SUSUR GAJAH KE BLOK GEMILANG
2007
11.
NAIK TARAF BLOK KELAS PENDIDIKAN KHAS
2008
12.
KELAS RANCANAN KHAS (TINGKATAN 1)
2008
13.
TANDAS / BILIK MANDI UNTUK KEGUNAAN SEWAKTU BANJIR
2008
14.
ASTAKA DATARAN INSANIAH                                                          
2009
15.
TEMBOK DI ASRAMA DESA
2009
16.
SUSUR GAJAH DI PENDIDIKAN KHAS
2009
17.
40 BUAH KOMPUTER BARU
2009
18.
TALIAN SCHOOL NET
2009
19.
NAIK TARAF DAN UBAHSUAI-PEJABAT, MAKMAL, BILIK PEPERIKSAAN, BILIK SPBT, BUMBUNG DAN BILIK AIR ASRAMA DESA
2009
20.
KEBOK ASAP DI MAKMAL SAINTIFIK
2009
21.
NAIK TARAF SURAU TEMPAT WUDUK WANITA
2010
22.
GARAJ KERETA DI TAPAK PERHIMPUNAN – 8 UNIT
2010
23.
PENAMBAH BAIK LONGKANG DEWAN MAKAN
2010
24.
SUSUR GAJAH ASRAMA KE AMPAIAN
2010
25.
NAIK TARAF BUMBUNG BLOK
2010
26.
NAIK TARAF ASTAKA
2010
27.
DEWAN  BESAR SEKOLAH(mula dibina Mei 2011)
2011
28
DEWAN BESAR SMK SUNGAI RAMBAI SIAP DIBINA (SEPTEMBER)
2012
29.
ubahsuai rumah guru kepada bilik darjah pendidikan khas
2013



PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Melaka
dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

1. Sentiasa memberi dan meningkatkan akademik yang berterusan kepada semua anak
    didik    selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Sentiasa menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang sempurna
    kepada setiap  anak didik tanpa mengira latarbelakang agama dan keturunan.
3. Mewujudkan jentera sistem pentadbiran yang cekap, berkesan, dinamik dan berterusan
    kepada  pembaharuan yang terkini.
4. Sentiasa meningkatkan sahsiah dan kualiti kepimpinan anak didik pada semua
     peringkat  melalui aktiviti kokurikulum.
5. Menyediakan anak didik yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
6. Sentiasa menghormati dan memberi layanan yang segera dan memuaskan kepada ibu  
     bapa dan seluruh masyarakat.
 7. Melahirkan generasi penyayang.



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu serta menyeluruh dan dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


VISI
Pendidikan  Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.  
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.  
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. 
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia








 

MATLAMAT SEKOLAH


1.         Memberi pendidikan yang bermutu dan menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
2.         Membentuk  keperibadian murid agar berakhlak mulia, berdisiplin, berhemah tinggi dan mempunyai jati diri dalam menghadapi cabaran globalisasi.
3.         Penekanan kepada pendidikan agama dan moral pada semua peringkat pendidikan bagi memperkukuh dan memastikan nilai-nilai baik dapat dihayati.
4.         Memastikan lebih ramai murid cemerlang dalam bidang sains dan teknologi ke arah “60-40”.
5.         Menjadikan sekolah sebuah tempat yang kondusif bagi murid-murid.


OBJEKTIF SEKOLAH

1.         Meningkatkan prestasi sekolah  dari segi kuantiti dan kualiti sebanyak 5%.
2.         Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan .
3.         Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah terpuji dan mengamalkan nilai murni.
4.         Memastikan kehadiran murid ke sekolah melebihi 95 %.
5.         Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah.
6.         Memastikan semua murid celik komputer.


MISI SEKOLAH


1.         Melahirkan murid SMKSR yang cemerlang.

2.         Menyediakan suasana yang mapan dari segi pengajaran dan pembelajaran.

3.         Menyediakan persekitaran SMKSR yang kondusif.

4.         Mewujudkan keharmonian dalam kalangan warga SMKSR.

5.         Pemangkin kecemerlangan masyarakat dan negara.

           

SLOGAN

"SMKSR HEBAT"

ETOS

"SEKOLAH DALAM TAMAN"