DEDIKASI

Assalamualaikum dan Selamat Datang kepada pembaca laman web ini dan sejuta penghargaan saya tujukan khas kepada warga SMK Sungai Rambai, Melaka kerana telah memberi kepercayaan, ruang dan peluang kepada saya (guru praktikal dari UNIRAZAK) untuk membina sebuah laman web terpenting sekolah ini.

Sepanjang tempoh saya berpraktikal di SMK Sungai Rambai ini, saya berasa sangat terharu dengan setiap bimbingan, teguran dan keprihatinan warga sekolah terhadap saya. Walaupun tempoh saya berpraktikal ini semakin menemui hari-hari pengakhiran, namun saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu di SMK Sungai Rambai dengan gigihnya. Saya juga yakin setiap detik pengalaman dan pengetahuan sepanjang tempoh saya di SMK SUngai Rambai ini adalah perkara yang paling berharga dalam hidup saya dan tidak akan saya sia-siakan sewenang-wenangnya.


Sekian sahaja dedikasi ini, semoga semua warga SMKSR menerima laman web ini dengan rasa terbuka dan semoga sumbangan tidak seberapa ini akan menjadi kenangn bagi pihak sekolah. Yang baik datang dari Allah, yang kurang baik itu datang dari diri saya sendiri. Wassalam.


AHMAD ZAKI BIN MOHD AMIN
PELAJAR MAJOR MATEMATIK
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

Tiada ulasan: