Jumaat, 15 Julai 2011

Assalamualaikum dan Selamat Datang kepada pembaca laman web ini dan sejuta penghargaan saya tujukan khas kepada warga SMK Sungai Rambai, Melaka kerana telah memberi kepercayaan, ruang dan peluang kepada saya (guru praktikal dari UNIRAZAK) untuk membina sebuah laman web terpenting sekolah ini.

Sepanjang tempoh saya berpraktikal di SMK Sungai Rambai ini, saya berasa sangat terharu dengan setiap bimbingan, teguran dan keprihatinan warga sekolah terhadap saya. Walaupun tempoh saya berpraktikal ini semakin menemui hari-hari pengakhiran, namun saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan untuk menimba ilmu di SMK Sungai Rambai dengan gigihnya. Saya juga yakin setiap detik pengalaman dan pengetahuan sepanjang tempoh saya di SMK SUngai Rambai ini adalah perkara yang paling berharga dalam hidup saya dan tidak akan saya sia-siakan sewenang-wenangnya.

Sekian sahaja dedikasi ini, semoga semua warga SMKSR menerima laman web ini dengan rasa terbuka dan semoga sumbangan tidak seberapa ini akan menjadi kenangn bagi pihak sekolah. Yang abik datang dari Allah, yang kurang baik itu datang dari diri saya sendiri. Wassalam.

Rabu, 13 Julai 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SMK Sungai Rambai, Melaka.



                Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.


                Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan.

                Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri.

               
                SMK Sunagi Rambai telah menerima seramai 6 orang guru yang mendapat  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) iaitu:
  1. SITI NORZAFINAZ BT. ABU.
  2. NORINI BINTI HASHIM.
  3. MOHD FUAD BIN SALLEH.
  4. FAUZIAH BINTI ABAS.
  5. JAINAL BIN MOHD. NOH.
  6. ZAMRIE BIN ABDUL RAHMAN.

Khamis, 7 Julai 2011

Mengenai Bantuan Pendidikan



Bantuan Pendidikan
Bahagian Bantuan Pendidikan adalah teras aktiviti Yayasan Pahang sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu. Kuantiti dan kualiti penerima bantuan adalah dua perkara yang menjadi fokus utama bahagian ini. Di peringkat awal penubuhan, kuantiti penerima bantuan menjadi keutamaan bagi memastikan tiada anak Pahang yang tercicir daripada mendapat pendidikan disebabkan kedaifan ekonomi.
Walau bagaimanapun kini, kualiti menjadi semakin penting bagi memastikan anak-anak Pahang cemerlang dalam bidang akademik seterusnya layak melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi khususnya dalam bidang selektif dan kritikal.
Bahagian ini yang merangkumi unit pinjaman, biasiswa dan program-program pembangunan pendidikan, sukan dan kebudayaan menyediakan pakej lengkap pendidikan kepada anak-anak negeri Pahang bermula dari peringkat rendah, menengah, pendidikan tinggi, masyarakat minoriti Orang Asli dan masyarakat bekerja.
Bantuan yang disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan dermasiswa pelbagai bidang pengajian ini menjadikan Yayasan Pahang sebagai penjana modal insan berkualiti bagi melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama lengkap dengan nilai-nilai murni bagi menjayakan agenda Wawasan 2020 negara.